Monday, December 6, 2010

Hitam Putih Hidup


Hidup umpama suatu pentas peragaan,
engkau  menjadi modelnya,
setiap hasil karya di nilai oleh mereka,
namun tidak semua karya mu akan di terima,
ada yang di puji dengan kata-kata manis bermadu,
namun ada juga yang menerima kritikan sepahit hempedu
apa pun yang bakal kita dengar, kerjakan dan lihat
semuanya adalah hasil titik peluh kita sendiri
putih atau hitamnya pentas itu kita yang pilih
namun ingatlah jangan sesekali kita melintasi garisan itu kerana
ITULAH BATAS-BATAS KITA SEBAGAI INSANIAH...

Friday, November 26, 2010

love is cinta...







Ketika aku datang

Di dunia wayang cinta
Cuma satu yang aku bawa
Perasaan kasih di dalam dada
Yang bisa merubah satu wacana
Menjadi cerita panjang
Yang berbelit susah mengambarkannya

Tak ada alasan lain tentang cinta
Karena hanya satu iaitu kasih
Kecuali hanya mengada-ada
Kalau ada aku tak percaya
Alasan itu dipaksakan
Dan akan aku katakan
Sungguh malang nasib mereka
Karena tak beza dengan si penjaja

Cinta adalah rindu
Yang datang dari dalam kalbu
Bisa membawa tentram
Dalam meraih kedamaian hidup



Tuesday, November 23, 2010

AKU JUGA PUTERI MU

Di saat kata-kata itu menusuk ke cuping ku,
aku tidak lagi betah mendengarnya,
kekurangan ku menjadi persoalan,
siapakah aku padamu,
aku juga puteri mu,
sama seperti puteri-puteri yang lain,
mengapa kau sering kasari aku,
aku juga punya hati,
aku banyak kekurangan,
tapi mengapa itu menjadi ukuran???
obesiti...
aku cuba mengurangkannya...
namun dengan cara mu...
aku lebih tertekan...
biar senyum terukir tapi hati ku menangis,

andai aku menyusahkan mu...
tunjukkanlah aku jalannya,
tapi mengakulah aku juga puteri mu..
dan aku masih wujud..
biar arang di muka.. 
dunia ini perlu ku hadapi,
bantulah aku dengan kasih sayang 
bukan CEMUHAN..

Thursday, November 18, 2010

Teguran Yang Terbaik


 Sesungguhnya Rasulullah s.a.w telah mengingatkan bahawa sesuatu kebenaran itu perlu dinyatakan biarpun pahit dan baginda juga menegaskan,
‘‘Siapa sahaja di antara kalian yang melihat kemungkaran, maka tegurlah dengan tangannya (kekuasaannya). Jika tidak mampu, maka tegurlah dengan lisannya. Jika tidak mampu juga, maka tegurlah dengan hati. Namun, ini adalah keimanan paling lemah.”
 Oleh itu kalau nak menegur itu gunalah cara Rasulullah, insyAllah hajat yang baik akan terlaksana.

Tuesday, November 16, 2010

Bila Mentari Berlalu Pergi

mentari pagi ku ratapi pemergianmu. ku amat merindui mu. andai saja ku selalu mengingati detik itu, tidak akan ku biar mentari berlalu pergi. maafkan aku wahai mentari, tiada niat ku melupakan mu.aku terlalu leka dgn kesibukan ku sehingga aku lupa bhwa kau akan pergi wahai mentari. waktu belalu dengan lambat sekali, setiap detik bagai berkurun lamanya, namun mentari aku berjanji andai esok kau kembali tidak akan pernah aku lupai akan masa pemergianmu..kerana pada saat itulah akan muncul senja nan merah jauh di ufuk jingga..

Friday, August 20, 2010

puasa oh puasa....

ai letih juga dlm bln2 puasa ni kn...biasa lh nak urus anak lg...nak kmas umah lg.. klu lelaki tgok krja org pmpuan ni senang je kn...jaga anak, sapu2 umah, cuci pinggan mangkuk, basuh kain dan buang2 habuk je kn...ala apa lh yg susah sgt kn...huhu sdap je dorg ckp mcm 2...tp kaum lelaki ni tak tahu ke krja2 2 smua rumit dan leceh...sbb 2 lh wanita yg nak kawin 2 perlu benar2 bsedia utk memikul tnggungjwb ni...kena lg yg bkerjaya...tpaksa lh ambil pmbntu umah sbb sibuk sngt kat pejabat...tp apa yg pasti...kaum wanita ni hebat tau...walau pun sibuk dgn krja2 umah tp dlm masa yg sama masih sempat melayari internet...huhu mcm saya lh...sbb itu lh kena pndai bahgikn masa klu nak hidup bahagia kn...jadual krja 2 kena susun serapi yang boleh...jgn nti semua krja tak jln krn xda perancangan kerja...biasalh setiap apa yg kita nak lakukan mesti ada peraturannya..

Friday, August 6, 2010

salam ....




1st time lah bt blog...org lain dh lm ada blog...hehehe aq bru hari ini menjadi blog yg aq bt...anyway, aq bsyukur gak akhirnya ada blog sendiri...erm puasa dh dkat...ada sapa2 nak tempah kuih raya tak? hehehe mummy aq trma tempahan kuih raya tau...saja nak promote....ok sampai sini dlu da....salam...lupa plak...ni gmbar ank aq yg 1st...